Japan with 3 kids (Budget, Tips and Itinerary)

Assalamualaikum,

Hi, disebabkan ada beberapa orang pm saya berkenaan trip kami sekeluarga ke Jepun baru-baru ni, saya pun tiba-tiba rajin nak menulis hehe, just untuk memudahkan dan membantu sesiapa yang ada plan untuk pergi ke Jepun bersama anak-anak kecil 🙂

Alhamdulillah, atas izin, kemudahan dan kesihatan yg Allah berikan, kami berkesempatan melawat Jepun. Actually kami pergi Kansai region je (Osaka, Nara dan Kyoto). Kobe ada dalam itinerary, tapi biasalah, dont expect too much when you travel with kids hehe 😊

Dalam post ni in shaa Allah saya akan ceritakan apa yang berbaloi beli, apa yg tak. Supaya tak berulang utk orang lain. Sebab kalau pegi Jepun ni, kesilapan akan memakan duit. Jadi kalau boleh, elakkan buat kesilapan dengan banyak2 study train, baca blog dan sebagainya. Kat Jepun transport utama utk kami adalah train sbb ni pengangkutan paling murah. Taxi kalau dekat2 okay lah. Tapi kalau jauh, mahal. Contohnya, airport transfer from airport to Osaka dah RM800+ walhal dalam 40km je. Jadi, study rangkaian train mereka sgt penting. Dan pada saya, group ‘Road to Japan’ kat facebook pun sangat membantu untuk dapatkan info.

Okay jom kita mulakan tentang Jepun.

Kami travel berenam. Saya, suami saya, mak saya dan 3 orang anak-anak saya yg berumur 4 tahun, 3 tahun dan 9 bulan. Jepun adalah negara keenam saya lawati bersama anak kecil selepas France (dgn anak sedara, takda anak lg time tu), Dubai, Australia, Indonesia dan Singapore. Pada saya, utk ke Jepun D.I.Y (tanpa guna travel agent) dgn anak-anak, persiapan kena rapi nak compare dengan 5 negara saya sebutkan tadi. Sebab mereka tak faham English dan pengangkutan utama adalah train haha tak habis-habis pasal train sebab kena tau, ada train station yg kecik-kecik takda lif. Ada tangga je. So nak taknak kena pikul lah 2 stroller tu naik tangga. Memang lengan weols agak sado lepas balik Japan 😂! So kalau tak study train betul2, tersalah station, kan susah nak patah balik dengan stroller semua bagai. Alhamdulillah syukur sangat, Allah izinkan dan kami tak pernah tersalah train. Sebab kalau tersalah train, boleh jadi penat maka boleh bikin panas hati hahaha. Dan roughly di Jepun, kami berjalan tak kurang 20,000 steps a day. Memang kena prepare mental siap2. Traveling is not always easy. Especially with 3 kids. That’s why kena pilih traveling partner betul2 🙂

Kenapa Jepun?

Sebab kami teringin sangat nak tengok budaya, orang, kebersihan dan teknologi mereka yang orang dok gembar-gemburkan sangat. Yes! Memang semua apa yg macam orang dok cakap-cakap.

Orang – sangat membantu walaupun orang Jepun ni tak faham English. Mereka gigih taip kat google translate kat hp masing-masing dan suruh kita baca apa yang mereka nak sampaikan. Ada atuk (umur dlm 60 thn) tu nampak saya tengah pikul stroller, dari tingkat bawah dia berlari naik atas just untuk tolong bawakkan stroller. Mereka beratur kat mana-mana especially train. Memang tak berebut langsung sbb semua beratur siap2 sebelum train dtg.

Kebersihan – bersih! Longkang besar pun bersih. Iols musykil 😅

Teknologi – Bagus! Teknologi kat toilet especially. First time guna blur kejap tengok all those fancy buttons. Mana aku nak flush ni, tak jumpa button flush, ada aku keluar je dengan tak flush ni kang!! haha. Akhirnya nasib baik jumpa, kene letak tapak tangan rupanya! 😂 dan bullet train dia memang laju. Kyoto-Osaka patutnya 45 minit, naik Shinkansen (bullet train), jadi 10 minit aje. Haaa laju takkk! #donejakun 😂 Dan subway (train bawah tanah) dia bertingkat-tingkat. Ingatkan bawah tanah ada 1 lapisan train je. Tapi ada tempat sampai 3 lapis trainnya. Jauh nyaaaa uols gali bawah tanah tu 😂

Okay seterusnya jom kita tengok BUDGET sebagai seorang rakyat marhaen hehehe

FLIGHT:

Kami suka beli masa matta fair. Sebab kat matta fair, kami boleh plan percutian utk 6 bulan. Kalau local, kami biasanya beli 2 tempat. Means berjalan 2 kali dalam masa 6 bulan. Contoh, Legoland dan Farm In The City (farm in the city pun nak beli kat matta fair hahaha tapi memang murah kalau beli kat sana).

Kalau pegi oversea (biasa kami plan berjalan ke negara yg flight nya lebih 5 jam utk 2 tahun sekali je. Biasalah, rakyat marhaen kan hehe). Masa tahun 2016, kami beli tiket pergi Perth pun kat matta fair. Memang berbaloi sangat time tu. Return ticket per person RM400+ dah termasuk bag and tax!

Okay berbalik cerita Jepun, kami beli tiket je tak termasuk baggage dlm RM900. Tapi dah campur bag + meal (2 org je ada bag), dlm RM1,200. So purata sorg dlm RM1,000.

Tips: Pergi Matta Fair or beli masa promotion, purchase 6-8 months earlier boleh dpt RM800/person including baggage etc

TRAVEL INSURANCE:

Tokio Marine (RM128 per family)

Tips: Beli kat HIS Travel (ada kat Bukit Bintang/Sunway Velocity Mall)/ Beli online kat mana2 insurance company pon ok

TRAIN TICKET:

Osaka Amazing Pass (OAP) – utk 2 hari, unlimited usage RM128 per person. Selain boleh naik train ke mana saja dlm Osaka, kita jugak dpt masuk banyak attraction places dia contohnya mcm Zoo, naik Ferris Wheel, cruise, pegi sky building, masuk Osaka museum dan banyak lagi tempat. Sebab 1 way tiket dia selalu nya harga dlm RM10 mcm tu. Naik train dlm 10 kali sehari. So berbaloi.

Tips: Wajib beli. Sangat berbaloi. Beli kat HIS Travel.

Kansai Thru Pass (KTP) – utk 2 hari, unlimited usage RM156. Kita boleh travel ke seluruh Kansai menggunakan Subway. Osaka-Kyoto-Nara-Kobe n banyak lagi. For me, kurang berbaloi utk kami sebab kami sempat pergi Nara & Kyoto je. Kat Kyoto pun sempat pergi Arashiyama je.

Tips: Kalau tak travel dengan kids, mungkin sempat pergi banyak tempat & boleh consider KTP ni. Depends dgn situasi masing-masing 🙂 Kalau nak beli, beli kat HIS Travel

ICOCA (mcm touch and go kita) – RM100 (guna ni bila hari yg OAP & KTP tak boleh guna), tapi actually kitorg ada lagi balance ICOCA. So tak sampai RM100 pun. Beli kat Kansai airport.

Tips: untuk rangkaian train, WAJIB ADA GOOGLE MAPS APPS.

POCKET WIFI:

RM15 per day. Boleh connected to 10 devices.

Tips: Kami sewa dari HIS Travel. Kalau nak gerak 1 group to everywhere, boleh sewa 1 je. Tapi kalau ada tempat yang sorang nak pegi 1 tempat ni, 1 lagi nak pegi tempat lain boleh sewa 2 pocket wifi. Sebab coverage dia less than 100m.

AIRBNB:

5 nights RM1400. Kat Japan dia kira kepala. Children pun dia kira. So kalau kata 3 adults, 2 children, 1 infant, so harga jadi RM1400, bermaksud sorang RM280 utk 5 malam. Airbnb kami 600 meter dari Nipponbashi station. Kalau tak bawak bag, okay je jalan 600 meter ni. Tapi bila hari nak check in n check out, mashaAllah pengsan bawak dua 40kg bag & 2 stroller dengan 3 budak melintas jalan besar bagai 😂

Tips: Kalau boleh, cari yang 200m je dari train station. Kalau dia kata 10 minutes walking tu, sebenanye agak jauh. Orang Jepun jalan laju, 10 minutes tu kalau kitorang yg bawak 3 budak ni mau jadi 20 minutes haha. Ada jugak kata airbnb bahaya sebab macam2 kes, kalau nak selamat, book hotel je. Cuma hotel jarang-jarang yg ada dapur boleh masak.

MAKAN:

Kami allocate RM40 per day per person. Sebab makanan dia dlm 900 yen (RM32) per dish. Dan kami selalu makan sehari sekali je kat luar. Yang lain-lain tu masak sendiri. Kami bawak My Chef (nasi briyani, nasi putih etc) & Brahims. Pastu beli telur, roti & butter kat Family Mart/7Eleven dia. Masak sendiri je kat rumah.

Tips:

  1. Install Japan Halal Gourmet. Banyak restoren halal no worries 🙂
  2. Install google translate apps jugak. Sebab boleh capture gambar ingredients roti semua tu yg dalam bahasa jepun. Nanti boleh check semua ingredients dia halal ke tak. Tak semua roti halal kat sana.
  3. Print “Muslim Dietary Card” mcm dlm gambar. Tunjuk kat orang jual makanan, in shaa Allah diorang akan bgtau boleh makan ke tak. Diorg ni particular. Kalau ada emulsifier yg tak pasti dari sumber apa (soy/porcine/bovine), gigih diorang kata jangan beli.

SOLAT:

Kat Jepun banyak surau. Tak sangka mereka sediakan surau utk kita. Airport Kansai ada surau yg besar dan selesa. Betapa mereka respect Islam 🙂 Di bawah ada senarai surau yg kami pergi:

OSAKA:

  1. Osaka station
  2. Hard Rock depan USJ
  3. Osaka mosque

NARA:

Nara information centre

KYOTO:

Kyoto Tower

Note: Kebanyakan restoren halal ada sediakan musolla. Atau pergi je information centre kat mana2, just kata nak pergi prayer room, nanti mereka akan bukak mana2 bilik utk kita solat.

Atau solat saja di mana-mana. Islam itu mudah. Jangan lupa bawak botol spray utk amik wudhu 🙂

So total budget sepanjang kami di sana:

1 Adult [Flight + Accommodation + Insurance + Train ticket + Makan + USJ]= RM2100 (tak termasuk duit shopping ye hehe)

1 Kid [Flight + Accommodation + Insurance + Train ticket (free) + Makan + USJ (free)] = RM1300

1 Infant [Flight + Accommodation (free) + Insurance + Train ticket (free) + Makan (free) + USJ (free)]= RM250

Okay jom kita tengok itinerary pulak.

 

ITINERARY:

DAY 1 – DAY 4 – OSAKA

DAY 5 – NARA

DAY 6 – KYOTO

Day 1

ARRIVE KIX 9.25 PM

FIND ICOCA CARD (WHERE TO FIND: NEAR AEROPLAZA BUILDING)

CHECK IN NIKKO HOTEL (sbb sampai malam, kami rasa budak2 dah penat dan train tutup pukul 11 malam. Kami malas nak rushing. So tido hotel dekat dgn airport)

Day 2

CHECK OUT NIKKO HOTEL

CHECK IN AIRBNB

OSAKA CASTLE

BIC CAMERA (Jam G-Shock kat sini murah hehe)

SHINSAIBASHI SHOPPING STREET

LUSH (hehe)

JALAN2

DINNER AT HALAL RAMEN NARITAYA

Day 3

TENNOJI PARK/TENNOJI ZOO

SKY BUILDING UMEDA – ni kami tak sempat pergi :'(

HEP FIVE FERRIS WHEEL

TOMBORI RIVER CRUISE

DINNER AT 3TE CAFE (boleh pakai kimono kat sini)

Day 4

UNIVERSAL STUDIO JAPAN (yg ni kalau taknak pergi pun takpe sbb bila dah ada 3 anak berlari sana sini, mak ayah tak sempat nak naik ride yg best-best pun, last-last pegi main kat ride budak2 je, yg kat Sunway Lagoon pun banyak! GRRRR 😝)

– Unless kalau anak2 dah lepas umur 7 thn maybe dah lepas ketinggian utk naik ride Harry Potter semua tu, boleh pergi 🙂 Sebab ticket dia RM300 jugak.

-Atau kalau sesiapa beli express pass okay sikit, takyah beratur lama. Add on another RM300.

-Or utk yang anak sorang, boleh guna babysitting pass jugak. Bergilir-gilir jaga anak. Tapi anak2 kitorang 3 org ni berlari sana sini kerja nya, so takpe lah hehe 😂

-Atau guna lane single rider. Tak berapa lama beratur.

Malam tu, dinner kat Halal Ramen Naritaya lagi hehe sedaaappp!

Day 5

NARA

NARA DEER PARK

Strawberry dia sedap! Rusa super manja. Ada kata kalau kita bow kat rusa-rusa ni, nnt diorang bow kat kita balik. Tapi aku bow nak dekat 10 kali takda sapa pun bow balikkk ciss hahaha

KOBE MOSQUE – ni tak sempat pergi :'( Apa yg kami baca, masjid ni masjid tertua di Jepun. Masa tsunami, masjid ni masih utuh. Macam kat Aceh. Subhanallah!

Day 6

KYOTO

ARASHIYAMA BAMBOO FOREST (cantik!)

KAMO RIVER – tak sempat :'(

NIJO CASTLE – tak sempat :'(

TO AYAM YA – MAKAN – BUKAK 11.30 TO 2.30PM JE – tak sempat :'(

TO KYOTO TOWER TO SOLAT

TO KYOTO STATION TO TAKE SHINKANSEN – saje nak try bullet train dia. Laju! 🙂 #donejakun haha

Day 7

CHECK OUT 10AM

 

Banyak jugak tempat kami tak sempat pergi especially di Kyoto. Maybe boleh buat itinerary ke Kyoto 2 hari utk sesapa nak pergi dengan kanak-kanak 🙂

Walaupun tak sempat pergi semua, alhamdulillah, kami dan anak2 sangat enjoy!

MACAM MANA NAK BAGI ANAK-ANAK ENJOY?

  1. Bagi task utk mereka, boleh suruh mereka lukis map. Anak-anak kami sangat suka map.
  2. Biasakan bercerita dengan mereka sebelum tidur tentang aktiviti apa kita buat seharian. My children love this so much. Dan mereka akan cerita balik apa yg mereka suka, apa yg mereka tak suka. So dari situ boleh analyze minat mereka. Kat Japan, apa yg mereka dok ulang-ulang cerita adalah pasal zoo (of course 😂), ride JAWS di USJ dan rusa kat Nara Park 😊
  3. Cerita tentang Japan kat mereka. Bahasa yg lain. Budaya lain. Amazingly my kids noticed about this. At first my first child thought they spoke arabic 😂
  4. Dan dah boleh introduce world map kat mereka. Beli globe 1 kat Kaison hehe.

PREPARATION UTK ANAK-ANAK:

  1. Saya bawak steamer n blender utk baby makan. Tapi taktau kenapa kat sana tiba-tiba tak boleh blend. Sedihnya! Nasib baik ada bawak nestum & cereal jugak. Kat sana anak kami umur 9 bulan banyak makan buah je sobbsss. Dan banyak bagi dia finger food bila dia nangis dlm flight & train. Takut kot2 org Jepun tak suka bising2 kan 😅
  2. Kami bawak 2 light weight stroller & carrier (Tandem stroller quite bulky, takut susah nak angkut turun naik tangga kat train station nanti)

Overall, Japan sangat best, a safe place to visit, in shaa Allah. The people are nice. The country is clean. Highly recommended to those yg memang ada plan nak ke sana atau yg ada plan nak jalan, tapi tak tau nak ke mana 🙂

Thank you for reading and Ramadhan Kareem!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *