Maryam Hanaa’s Aqiqah

Alhamdulillah although Maryam is our third child, but this was the first majlis aqiqah we organized ourselves. Aqiqah abang-abang Maryam buat kat Kuantan, semua nya atuk & nenek Kuantan diorang yang settle kan 🙂 Thank you atuk & tokwan! Muahx.

Disebabkan ini kali pertama kitorang handle majlis sendiri, menggelupur jugak la cari kambing semua. Baru tau harga kambing, catering bagai.. Ooo rupa nya mahal! Haha.. Sebab mahal, kitorang pun berusaha lah cari harga yg berpatutan.. Alhamdulillah dapat jumpa kambing yg harga okay dan senang deal.. Service pun okay.. Cash on delivery aje, tak payah transfer duit awal-awal kata owner nya. Sape berminat boleh search kat facebook : “Kambing Aqiqah Murah RM600”.. Dia ade pelbagai package.. Boleh whatsapp diorang & tanya okay? 🙂

Pastu kitorang mintak Golekzilla (boleh search kat facebook) tolong golekkan kambing. Terbaik! Sedaappp.. Coleslaw, kambing suma sedap.. tak liat.. highly recommended!

Golekzilla tengak beraksi

Lepas tu, excited ni sebab first time buat kat Selangor, maka kami nak buat pelamin tapi taknak mahal-mahal.. “save budget”, seperti disarankan PM haha.. So kitorg search dan jumpa pakej murahhhhhhhh kat instagram @diypelaminbuaianmurah.. Magaddd, murah nya pakej dia.. kitorang pinjam barang-barang pelamin harga RM130 aje! Boleh tengok pelamin berendoi yg kitorang D.I.Y macam dalam gambar kat bawah ni.. Tadaaaaaaa!!

Cantik taaakkk sisturrrr???? ingat tau, nama instagram dia @diypelaminbuaianmurah

Lepas tu catering kitorang amik kat Restoren Baser Puchong.. Pergi restoran tu sbb nak makan nasi beriyani sekali sedap daaaa! Terus book catering diorang utk majlis aqiqah Maryam..

Tu je lah kot nak share utk sesapa mak ayah luar sana yang tengah google-google pakej bajet aqiqah macam kitorang hahaha..

Dan disebabkan gambar penting utk kenangan di hari muka, maka kitorang guna service Funthography. Boleh tengok facebook dan instagram diorang “funthography”.. Hasil boleh tahan memuaskan! Jemput tengok gambar-gambar bawah ni, semua hasil air tangan funthography 🙂

 

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *